Sentiasa tunjuk kemesraan faedah terbesar kepada suami isteri: Kajian
BERN: Pasangan suami isteri yang sering berpelukan, berkucupan dan sentiasa mengekalkan kemesraan, mempunyai paras tekanan yang rendah dalam badan, menurut satu kajian terbaru.
Malah, kajian penyelidik Universiti Zurich di Switzerland, mendapati keadaan itu terbukti amat ketara di kalangan pasangan yang berkahwin berbanding mereka yang tidak mempunyai ikatan rasmi berkenaan.
Kajian selama seminggu itu membabitkan 51 pasangan warga Jerman, majoritinya baru mendirikan rumah tangga.
Hasil kajian yang disiarkan dalam edisi terbaru Psychosomatic Medicine bukanlah yang pertama merujuk manfaat kemesraan.
Satu kajian sama oleh Fakulti Perubatan Universiti Northwestern Feinberg, mendapati pasangan yang sering berkucupan dan tidak hanya ketika berasmara, terbukti lebih kurang tertekan.
Dalam kajian terbaru, penyelidik meneliti paras cartisol dalam air liur mereka. Cartisol merujuk kepada hormon dalam badan yang turut berperanan dalam perubahan akibat tekanan. Ia dihasilkan kelenjar tertentu dan dirujuk sebagai ‘hormon ketegangan’ atau tekanan.
Ini disebabkan kehadiran cartisol tinggi apabila tubuh memberi reaksi balas terhadap sebarang tekanan.
Peningkatan kecil paras cartisol terbukti memberi kesan positif kepada tubuh, khususnya dalam penghasilan metabolisma glukos dan tekanan darah lebih teratur.
Paras tinggi cartisol lebih ketara pada sebelah pagi dan paling rendah pada malam.
“Kami dapati, pasangan yang lebih banyak melakukan hubungan intim secara fizikal sama ada berpegangan tangan, berjimak atau berkucupan serta berpelukan, mencatatkan paras cartisol yang rendah.
“Malah, pasangan mempunyai banyak tekanan akibat kerja, dapat mencatatkan paras cartisol rendah dengan hanya mempraktikkan kemesraan itu,” kata ketua penyelidik, Beate Ditzen. - Agensi
Extracted from: Berita harian
Wednesday, November 19, 2008
Bahagia jika sentiasa intim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment