LONDON: Laman web sosial seperti Facebook boleh meningkatkan risiko kesihatan serius dengan mengurangkan tahap hubungan wajah ke wajah, dakwa seorang doktor.
Menghantar e-mel kepada rakan berbanding bersemuka dengan mereka mungkin memberi kesan biologi yang negatif pada kadar tinggi, kata pakar psikologi, Dr Aric Sigman.
Peningkatan masalah keterasingan akan mengubah suai gen cara bekerja dan menjejaskan reaksi imun, paras hormon dan fungsi arteri malah turut memberi kesan kepada persembahan mental.
Ia boleh meningkatkan risiko masalah lebih serius seperti barah, angin ahmar, sakit jantung dan nyanyuk, kata Dr Sigman dalam Biologist, jurnal Institut Biologi.
Laman web sosial seperti MySpace dan Facebook membolehkan orang ramai berhubungan dengan rakan menerusi internet. Mereka boleh bertukar-tukar gambar, bermain permainan dan meninggalkan mesej.
Namun, walaupun ia dicipta untuk mendekatkan hubungan, Dr Sigman berkata laman web berkenaan sebenarnya menjadikan pengunjungnya lebih terasing.
Penyelidikan menunjukkan bilangan jam yang diperuntukkan untuk berbual secara bersemuka jatuh mendadak sejak 1987 apabila penggunaan media elektronik meningkat.
"Memang ada perbezaan antara 'kehadiran sebenar' dan kepelbagaian maya," kata Dr Sigman.
Sesetengah gen, termasuk yang terbabit dengan sistem imun dan reaksi kepada tekanan, bertindak secara berbeza mengikut sejauh mana seseorang itu berinteraksi secara sosial dengan orang lain. � Agensi
Sunday, February 22, 2009
Guna Facebook boleh bawa risiko kanser
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment