LONDON: Penyelidik berjaya membongkar rahsia perkahwinan berpanjangan dan ia membabitkan jurang umur dua tahun, empat ciuman sehari dan mengadakan hubungan seks tiga kali seminggu.
Berkongsi dua hobi, memeluk pasangan tiga kali setiap 24 jam, mengucap ‘saya cintakan awak’ sekurang-kurangnya sekali sehari dan menikmati dua hidangan romantik dua kali sebulan juga boleh membantu memanjangkan usia perkahwinan.
Profil perkahwinan sempurna itu dikumpul oleh laman web perancang perkahwinan, www.confetti.co.uk. Lebih 3,000 pasangan suami isteri disoal selidik untuk mencari rahsia kejayaan mereka mempertahankan perkahwinan.
Jurucakap laman web itu, Carol Richardson, berkata: “Penyelidikan menunjukkan banyak komponen yang menjadikan perkahwinan itu sempurna, termasuk jurang usia yang sesuai, tempoh bercinta dan masa untuk berkahwin.
“Nampaknya, pasangan berkahwin pada usia lebih lanjut yang boleh dikaitkan dengan wanita lebih mementingkan karier, menyebabkan cinta dan perkahwinan jatuh nombor dua.”
Beliau berkata, jurang perbezaan usia untuk perkahwinan masih menetapkan lelaki perlu lebih tua berbanding wanita yang boleh dikaitkan dengan suami perlu stabil dari segi emosi dan kewangan.
“Selepas majlis perkahwinan berakhir, kajian menunjukkan betapa penting memastikan keajaiban itu terus hidup dengan ciuman, pelukan dan keluar malam bersama,” katanya.
Kajian mendapati perkahwinan paling lama bertahan membabitkan lelaki yang berkahwin pada usia 31 tahun - dua tahun dan tiga bulan lebih tua dari pasangan mereka.
Suami isteri juga perlu mengucapkan ‘saya cintakan awak’ kepada sesama sendiri sekurang-kurangnya sekali sehari dan melakukan hubungan seks tiga kali seminggu. - Agensi
Bagi memastikan hubungan sentiasa ceria, pasangan suami isteri perlu keluar makan bersama dua kali setiap bulan dan memperuntukkan tiga malam seminggu berpelukan di atas sofa bersama.
Mereka juga perlu sentiasa berhubungan - walaupun ketika bekerja - menerusi sekurang-kurangnya tiga panggilan telefon, SMS atau emel.
Dua percutian hujung minggu mengejutkan setiap tahun dan sekali percutian di luar negara setahun juga memastikan perkahwinan sentiasa kukuh. - Agensi
Tuesday, March 3, 2009
Empat ciuman sehari panjangkan perkahwinan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment